25-30cm, awal berbunga dan seragam dengan bunga bundar dan kelopak besar yang bertindih dengan kelopak lain. Mempunyai percabangan secara basal dan tumbuh secara bundar. Amat menggemari keadaan yang panas dan sesuai untuk dijadikan sempadan dan bedding, tanaman dalam bekas dan juga hiasan tingkap.
Pembajaan: Kadar pembajaan yang sederhana sahaja diperlukan. Bubuh baja setiap minggu dengan tahap nitrogen 150-200 ppm. Gunakan baja yang mempunyai potasium yang seimbang (N: K2O - nisbah: 1:1,5). Elakkan dari kadar ammonium dan nitrogen yang terlampau tinggi. Elakkan kekurangan zat magnesium dengan menggunakan magnesium sulfat (0,025 %) 1-2 kali dan untuk mengelakkan kekurangan zat besi, gunakan iron-chelate untuk 1-2 kali. Akarnya amat sensitif kepada substrak yang mempunyai kadar larutan garam yang tinggi. Elakkan dari larutan pembajaan yang tepu - anda dinasihati membubuh baja beberapa kali dengan larutan yang kurang tepu setiap minggu.
Petua Kultur: Vinca memerlukan keadaan yang panas dan kering. Elakkan substrak yang basah, kelembapan relatif yang tinggi, penyiraman dari atas sert daun yang basah pada waktu malam. Untuk penyiraman, gunakan air suam sahajan. Petikan tidak dipertlukan. Vinca Mix tidak termasuk 'First Kiss Blueberry'.
|